αɴιѕ;

ANIS SYAHIRAH. 17 Y/O.
RARELY ONLINE. HEWHEW


© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Form Two.
Sunday, November 23, 2014 | 0 comment[s]


Assalamualaikum.

   Sebenarnya, sekolah pun dah cuti. Baru sekarang nak post entry. kekeke. Sorry kawans sebab tak dapat nak siapkan video kelas tu. In Shaa Allah sebelum buka sekolah. hahahaha

   Serius, kelas 2 Muslim tahun ni memang best la. Rasa macam taknak tinggal. Nak buat macam mana. Kemungkinan tahun depan streaming. huh. Last day, memang rasa nak nangis. Tapi, hari rabu lagi la. Sebab ada beberapa yang dah nak balik hari tu. Asrama la. Hari khamis tu hujan lebat,  so ramai yang tak datang. Walaupun wajib datang. Agaknya banjir kot.

   Kita memang gaduh sama-sama, ketawa sama-sama, nangis sama-sama. Tapi, kita masih lagi satu hati. Memang tak dapat nak lupakan apa yang berlaku 'semalam'. Dua tahun kita bersama. Tahun ni, kita semakin rapat. Boleh dikatakan, semua tahu rahsia masing-masing. Memang dah jadi sebuah keluarga yang besar.

   Tapi, kita tak boleh tolak takdir. Semua yang Allah tentukan buat kita, pasti yang terbaik. InsyaAllah, dengan izin Allah, mungkin kita masih di kelas yang sama tahun depan.

   Best sangat-sangat-sangat-sangat 2 Muslim. Tak sangka ukhuwah yang kita bina masih utuh. InsyaaAllah akan utuh setiap masa. Biar ukhuwah kita till jannah gitu. Yang paling best bila kita ketawa bersama-sama. Buat lawak bersama-sama. Memang tak dapat lupa.

   Dan bila bergaduh, memang tak lama. Mesti akan berbaik semula. Hebat. Subhanallah. Allah jaga hubungan kita kan? Allah taknak kita gaduh lama-lama. Mesti berbaik semula.

   Kita semua hampir faham perangai masing-masing. Ada yang suka bercakap pot pet pot pet, ada yang suka bergosip haha, ada yang suka ketawa sepanjang masa, ada yang suka tidur, ada yang suka usha crush, ada yang suka study melebih, ada yang suka berjalan sana sini dan banyak lagi lah.

   Banyak yang aku belajar selama 2 tahun aku bersama 2 Muslim. Aku masih ingat, aku yang timbulkan isu reka story tu. hahahaha.. muslimin naik angin. lol. tak sangka pula boleh naik angin. sedangkan muslimat okey je. aku reka cerita pun, bukan pasal apa pun. pasal kelas kita juga. kat mana yang naik angin nye. hahaha. okey, tu form one punya cerita okey. jangan dibangkitkan lagi.

   2 Muslim. aku rindu sangat. aku harap tahun depan tak streaming. rindu. memang rindu perangai bebudak dia yang happening, gila-gila, annoying, suka-suka, awesome, gorgeous, hyper terlebih, kanak-kanak riang, budak-budak gajah kahkahkah. budak-budak gajah tu aku tak tahu pebende.

   okey. goodnight 2 Muslim. love you

selfie akhir tahun punyaaaa

Labels: , ,

CREDIT