αɴιѕ;

ANIS SYAHIRAH. 17 Y/O.
RARELY ONLINE. HEWHEW


© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
December already.
Monday, December 1, 2014 | 0 comment[s]

Assalamualaikum!

  Now, it's already 2.52 a.m. , 1st December 2014. Sekejapnya masa berlalu. Memang sekejap. Aduh. Okey. Aku belum tidur lagi sekarang. Sorry mata, terpaksa berjaga untuk masa yang lama sekali lagi.

  Sejak cuti sekolah ni, dah jadi rutin harian kot tidur lewat. Mak abah dah membebel pot pet pot pet, sebab aku tidur lambat, bangun lambat. inilah aku. insaf insaf. okey. Maybe aku start bangun awal minggu depan. mungkin lah.

  Aku rasa aku dah perlu start buat nota untuk tahun depan. Nak repeat sikit-sikit tajuk form 2. Bak kata Fini, 'yang penting sekarang ni kena siap sedia buat nota padat menjelang pt3'. Dia dah insaf. hm. baguslah dia. aku? tak tahu insaf ke dok lagi.

  Cakap pasal ranking, memang aku terbabas jauh gila dengan 3 sahabat aku lagi tu. Memang dah takda harapan nak sekelas tahun depan. Memang. Aku tak tahu siapa lagi sekelas dengan aku tahun depan. Sekarang tengah cari geng. Takut keseorangan ni. Aku memang tak boleh.

  Tinggal sebulan lagi. Nanti dah masuk 2015. Haduh. Persiapan untuk PT3? Jangan tanya okey. Aku belum bersedia. Sekarang tengah fikir ranking. Padahal, tak penting pun ranking. Yang paling penting, PT3 tahun depan. Satu benda lagi, banyak sangat halangan. Bukan halangan. Aku yang menjadikannya sebagai halangan. Termasuklah layan twitter, askepem, blog ni. Yang lagi 'best', layan KDrama, Roommate season 2, WINNER TV, dan sbgainya.

  Tidak. Aku kena sedar! ah. Sebulan sempat ke? In Shaa Allah kalau Allah izinkan lah kan?

  Okeylah. Jam sudah menunjukkan sekarang, 3.10 a.m. Okbye!

Labels: ,

CREDIT