αɴιѕ;

ANIS SYAHIRAH. 17 Y/O.
RARELY ONLINE. HEWHEW


© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
form tree?
Friday, January 23, 2015 | 0 comment[s]


Assalamualaikum.

  Dah masuk dua minggu sekolah. Okey. Serious takda masa nak update blog. Sorry. Maybe sebab dah masuk 2015 ni, aku sedar sikit dari tahun lepas. Dan nak jadi lebih baik (doakan juga) , so takleh la nak online lama-lama.

  Semalam, aku baru sedar yang aku lain sikit. Bukan lain macam apa. Cuma, dulu, setiap malam jumaat, mesti buka laptop, tapi sekarang takda dah habit buka laptop tiap-tiap malam jumaat. Alhamdulillah. Moga terus istiqomah.

  Dah masuk form 3 ni, busy sikit lah. Tapi, kpopnya masih belum dikurangkan. Adeh. Mujurlah aku takda smartphone. Kalau tak, phone mesti tak lepas dari tangan. Setiap saat mesti check. Duh. Tak berkenaan langsung.

  Jadi, bila aku dah masuk form 3 ni, rasanya, aku jaranglah update blog. Sorry yalls. Memanglah ada perasaan tu. Cuma, aku patut kurangkan lah. Aku taknak 'online lama-lama' jadi habit dalam diri aku. Aku perlukan perubahan. Perubahan ke arah kebaikan.

  Okay. Form 3. Sebelum ni, aku dah bagitau yang  aku masuk kelas 3 Muslim . Kelas form one form two pun Muslim juga. Tapi, tahun ni, penghuni dia lain dah. Sebab orang lain. Aku dah bagitahu rasanya. ( Muslim kelas kedua. Aku tak mampu lagi masuk kelas pertama )

  Alhamdulillah. Bila dah duduk dalam kalangan yang ehem ehem tu, jadi baik sikit. Sikit je. hahaha. Bila ada masa sikit, mesti diorang buat homework. So, rasa bersalah la tak buat homework juga. Cikgu yang mengajar pun baik-baik juga. Alhamdulillah. Setakat ni dapat cikgu-cikgu yang baik-baik. Takda lagi yang garang. Yang caring ramai.

  Ramai kawan baru. Tapi, belum rapat lagi. Dan masing-masing masih menyesuaikan diri dengan kelas baru dan suasana baru. Beberapa orang lagi ada yang aku masih belum cakap sepatah perkataan pun in person.

  Aku harap classmates baru dapat kurangkan kerinduan aku terhadap classmates aku tahun lepas. Rindu gila suasana tahun lepas. Serious. Rindu sangat.  huwaaaa!



  So, aku akan jarang-jarang buka blog lepasni. Mungkin 2 kali seminggu, ataupun sekali seminggu, takpun 3 kali seminggu. Lagi teruk, sekali sebulan. Ada event apa-apa mungkin akan diupdate dari semasa ke semasa. cewah.

aku rasa, tinggi aku tak naik ah. still 165. aku buat apaaaa cuti sekolah panjangggg sampai tak naik niii! lek lek bersyukur ah tu, 165. alhamdulillah. wait, berat aku turun wehh, dah jadi tak normal dengan tinggi aku, 49kg. adeh. lek lek bersyukur, nasib baik tak gemuk gedebob!

Labels:

CREDIT