αɴιѕ;

ANIS SYAHIRAH. 17 Y/O.
RARELY ONLINE. HEWHEW


© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
february already.
Thursday, February 19, 2015 | 0 comment[s]


Assalamualaikum fellas!

  Huh. Banyak benda yang berlaku sekarang ni. Aku masih mensibukkan diri. Result TOV pun belum keluar. Minggu ni memang semua sibuk gila. I mean, satu sekolah memang sibuk. Sebab minggu depan, ada orang nak datang tengok IB. International Baccalaureate.

  IB Profile, harap-harap masih kuat di ingatan. Nanti kan, tak pasal-pasal takleh jawab kalau orang tanya. Minggu ni saja pun, tak belajar. Kelmarin je belajar. Tu pun, dua mata pelajaran je. Alhamdulillah. Bagi rehat otak. Tapi, body tak rehat mana pun. Sebab kena buat kerja-kerja menghias kelas.

  Dah masuk bulan February, kan? Cepatnya masa berlalu. Tinggal beberapa bulan lagi dah nak hadap peperiksaan kedua terbesar sebelum masuk universiti. Jauhnya pemikiran. Takpelah. At least sedar sikit. Walaupun tak banyak.

  Kelmarin juga, ada Usrah Perdana Siber. First time untuk tahun ni. Aku harap, tahun ni aku dapat laksanakan amanah seperti yang telah dipertanggungjawabkan. Ramai pengawas baru tahun ni. Lagi-lagi, form 4. Aku tak faham kenapa Syed Husain lawak sangat. Dia tu merangkap KP aku. Tapi, alhamdulillah dia tu sporting.

  Like I said before, kemungkinan aku tak update mana blog. Dan sekarang dah masuk bulan February. Previous post pun tiga minggu yang lepas. Kira gap tu jauh la.

  Sorry sebab aku tak sempat nak reply comments dari segmen yang aku join tu. Sorry ya. Mohon faham keadaan aku sekarang. Just nak banggakan mak abah. Taknak lebih.

  Bye.

Labels:

CREDIT