αɴιѕ;

ANIS SYAHIRAH. 17 Y/O.
RARELY ONLINE. HEWHEW


© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
"you're not alone"
Friday, May 8, 2015 | 2 comment[s]



Bunyi deruman kereta di luar rumah.

Dah balik.

Hati meneka.
Aku bingkas bangun. Menuju ke pintu.

"Hai. Awal balik?"

"Hmm."

   Mata tidak menghirau. Dia membawa diri ke bilik. Tanpa berkata.

Aku menuju ke dapur. Barangkali mencari sesuatu untuk diberi kepadanya. Mata melilau.

   Pintu peti sejuk dibuka. Air.



Tombol pintu dipusing. Tidak berkunci. Suasana hening. Dia memeluk tubuh di pinggir katil. Sambil pandangan dibuang ke balkoni.

   Aku melabuhkan diri di sisinya.

   "Nah. Minum dulu."

   Mesti ada something yang tak kena. Mood dia tak macam biasa. Senyuman di bibirnya hilang sejak tadi.

   Tangan mencapai gelas berisi air kosong. Air kemudian diteguk perlahan-lahan.

"Kau ada masalah?"

   Tubuhnya yang dari tadi dipeluk tangan sendiri dibebaskan. Mata masih lagi menatap hamparan langit bersama gumpalan awan putih.

   "It's not fair." Kata-kata itu tersembur keluar dari mulutnya. "Life's not fair."

   Matanya berkaca. Pandangannya ditunduk. Sekali lagi, tubuhnya dipeluk. Kali ini bukan tangan sendiri. Tetapi, tangan aku yang menghangatkan pelukan.

   "Tell me the story, Lee" Aku bersuara setelah beberapa minit dihurung kesunyian.

   Dia melepaskan pelukan. Tangan mengesat air mata di pipi. Kemudian, mata kami bertentang.

    "Nad, kenapa kita ditinggalkan?"

    "Maksud kau?"

    "Dia tinggalkan aku, Lee. Aku anggap, dia sahabat aku. Tapi tadi.... " Air mata semakin laju mengalir di pipi. "Aku dah takda siapa-siapa."

    Aku membetulkan kedudukan. Tanganku mencapai bahunya.

    "Allah uji seseorang tu sebab Dia sayang. Mungkin Allah dah sediakan yang terbaik untuk kau." Aku bangun. Mencari sesuatu di luar balkoni untuk ditatap.

    "Tapi, aku still tak faham kenapa dia tinggalkan aku. Sedangkan, aku memang anggap dia sebagai seorang sahabat. Aku ingatkan, dia appreciate persahabatan kitorang."

    "Allah dah hantar seseorang yang lebih memahami. Yang lebih menghargai." Pandangan masih dilemparkan ke luar balkoni. "Mungkin kau tak sedar, orang tu ada dekat dengan kau. Cuma, kau lebih pandang orang yang jauh daripada kau."

    "What do you mean, aku tak sedar, orang tu ada dekat dengan aku?" Pandangannya berkerut.

    "Aku." Aku keluar dari biliknya. Meninggalkan dia yang masih dengan persoalan. Aku mencari tempat. Ah, buntu. Mata tidak dapat menahan. Air mata bercucuran membasahi pipi.

Aku. 
Akulah yang berada dekat dengan kau.
Yang take care pasal kau.
Maybe, akulah yang aku maksudkan.
Allah hantar orang yang lebih memahami.
Dan yang lebih menghargai.
Cuma, kau yang tak perasan.
Dan cuma aku yang aggap, kita bersahabat.



**
Wahahaha. Lol. My first fiction yang memang tak sedap sangat dibaca, bukan? Ikut logik akal, memang tak kena langsung jalan cerita. But, I really really want to try to write a fiction. hahaha. okbye. /malu/

Labels: ,

CREDIT