αɴιѕ;

ANIS SYAHIRAH. 17 Y/O.
RARELY ONLINE. HEWHEW


© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
our memories will never die
Friday, June 12, 2015 | 0 comment[s]


Assalamualaikum.

   Setelah berbulan-berbulan lamanya, akhirnya dapat jugak classmates tahun lepas tengok video kelas. Huhuhuhu kesian pula. Dan aku pulak, memang struggle habis-habisan untuk bagi diorang tengok. Alhamdulillah, semalam, dah siap upload kat youtube, diorang pun dah tengok. Walaupun, beberapa je yang dah tengok.

   Dah banyak kali sebenarnya, aku bagitahu dari tak siap, sampailah siap, dan hingga siap upload kat youtube. Banyak gila masalah yang berlaku sepanjang proses nak siapkan video tu. First, masalah dengan software. Aku download Sony Vegas Pro. Tapi, yang trial je. So, untuk sebulan jelah kan? Mula-mula, memang tak biasa nak guna. Lepas dah guna banyak kali buat video tu, akhirnya boleh lah sikit-sikit. Then, aku ni pulak, kadang-kadang kemalasan melanda. Aku tangguh lah untuk beberapa hari. Video tu pun sikit je lagi nak siap. Waduhh. Tiba-tiba, time nak habis siapkan video, jeng jeng jeng. Trial dah tamat tempoh. Berhuhuhu aku untuk beberapa hari.

   Memang rasa down gila hahahahahaha tapi akibat daripada kemalasan aku, memang lah aku kena terima. Lepastu, aku ambil keputusan, guna Adobe Premiere Pro. Kiranya, aku ambil keputusan paling gila. Hahahaha software tu untuk orang yang pro gila kot. Aku ni dahlah masih merangkak nyet nyet lagi. Alhamdulillah, walaupun aku ni takde pro mana, siap jugak video tu.

    Tapi, dugaan lagi, Ya Allah. Bila save tu, dia jadi file avi. File tu kan biasanya besar, Video tu takdalah macam movie. 11 minit je. Masha Allah, file dia jadi 2.5GB. Bukan MB ye kawan-kawan. GB tauu. Quality pun macam HD sangat pun. Pergh. Memang terkezut gila. Okay mase tu dalam bulan 3,4 dalam tahun ni. Lepastu, I've no idea dah nak buat apa. Aku try convert online. Takleh. Sebab file besar gedabak sangat. Lepastu, memang aku malas dah nak ambil kisah. Orang lain pun macam tak kisah pun pasal video tu.

   So, kelmarin aku jumpa software, Free Studio. Yang memang banyak gila function dia. Aku pun try ah download. Dan kebetulan pula, ada satu, untuk convert MP4 files. Aku try convert video kelas yang besar gedabak gila file dia tu. Alhamdulillah, jadikk!! Memang happy gila. Hahahahaha lepastu, aku pun upload lah dekat youtube. Yeahh! Lepastu bagi link kat whatsApp. Tapi, yang tak best, aku tak dapat tahu banyak feedback daripada diorang. Yang tahu pun, kawan aku yang tolong screen capture.




    Alhamdulillah, feedback dari semua orang positive belaka. Melebihi daripada apa yang aku sangkakan. Aku harapkan biasa-biasa je, tapi ni dah lebih dah pun. Benda yang lagi sweet, terharuu, sebak, dan sewaktu dengannya, Afini, dia nangis habis. Sampai tersedu-sedu. Dia memang cepat tersentuh. Huhuhuhu Nayli hantar voice record, afini punya tangisan. Aku pun naik sebak. Huhuhu dia cakap dia rindu. Memang, aku pun sekali rindu. 

   Memang ramai juga, yang nak nangis tengok video tu. Aku, hm. Tak kot. Sebab aku yang buat video, memanglah tak nangis hahaha. Aku memang tak sangka akan dapat feedback yang macam ni. Alhamdulillah. Okay, nak chow lu. Ni video kami.



Okay bye. Maafkan sekali lagi atas kesulitan yang berlaku. ngeh ngeh.

Labels: , , , , , , ,

CREDIT