αɴιѕ;

ANIS SYAHIRAH. 17 Y/O.
RARELY ONLINE. HEWHEW


© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
it's Raya
Thursday, July 23, 2015 | 0 comment[s]



Assalamualaikum.

   Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin yalls. Aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Maafkan segala salah silap aku. Sama ada sengaja atau tak. If aku ada mengata kau ke dalam blog ni, buat kau terasa ke, maafkan aku okay. Sorry juga, aku baru sempat nak post pasal raya hari ni. It's already 7th of Syawal. Hahahaha 죄송합니다.

The day before Raya

   Siang tu memang sibuk mengemas rumah je. Like, seriously, banyak benda gila nak kemas. Maklumlah, rumah takde lah kemas sangat. Ruang tamu tu masha Allah, banyak gila benda nak kena simpan. Hahaha.

   Ruang tamu memang kemas lebih sikit ar. Orang nak datang bertandang, takkan nak duduk kat dapur kot. Mesti lah ruang tamu kan uolls. Dan aku, take part kemas bawah kerusi. Bukan kemas. Sapu bawah kerusi. Padahal orang beraya bukan tengok bawah kerusi. Hahahaha lol alang-alang dah kemas rumah, mestilah nak kena kemas semua kan?

   Sampai ke petang juga lah kemas rumah ni. Lepastu, berehat. Ceh. Dah anak dara kat rumah ramai. Senang lah sikit kerjanya. Masuk maghrib, berbuka. And then, start lah fireworks' wars. Siti situ sana sini, bunyi bunga api. Well, tiap-tiap tahun memang macam ni. Rindunya ~ Sampai sekarang, malam-malam masih ada bunga api uolls. Hahahaha.

   Malam tu, tak buat banyak kot. Abah sibuk rebus ketupat. Cey kiteorang tak main lah ketupat sendiri. Anyam sendiri tau dak? Tapi, bukan aku pun yang anyam. Mak aku jugak. Lepastu, buat rendang, nasi minyak. Em, rasanya tu je kot. Hahaha tak ingat dah. Tidur lewat lah jugak. Hampir pukul 12 rasanya. (aku tidur awal sekali depan tv. tp lepastu bangun balik tidur dlm bilik hahahaha)

First day of Raya

   Bangun tidur. aumm chakk. Yeay! Dah raya. Hahahaha k gurau je pfft. Bangun je, tgk baju dah bergosok. Haha ingatkan takda orang yang tolong gosokkan. Rupanya, kakak aku memang tolong gosokkan. Ceh. (malam tu memang aku mintak tolong dia pun sbb kerja dia malam tu gosok baju mak abah and adik. aku pun tumpang kaki sekali)

   Lepastu pergi mandi sunat hari raya. Then, pakai baju, rushing nak pergi solat hari raya pulak ni. Pergi surau yang dekat dengan rumah lama kami merangkap rumah ki dengan che (tuk nenek belah mak. tp dh meninggal dua2) Tengok-tengok, takde orang. Aikk! Rupa-rupanya, lepas disoal selidik dengan mak saudara aku 2 hari yang lepas, diorang solat hari raya lewat skit. Patutlah takde orang. Padahal, kiteorang pergi sana pukul 8.00 kot.

   Last-last, pergi solat dekat surau al-iman je. best jugak kat sana. Surau baru. Almaklumlah. Dengan air-cond nya. Dengan alatan surau yang canggih. Hahahaha. Dalam kul 9.30 gitu, kiteorang balik rumah. Siap-siap pakai baju raya, makan nasi minyak. Tapi, aku dah makan sebelum solat lagi. Haa. Lepas makan, siap-siap pakai tudung, touch-up muka skit. Nah, siap! Bermaaf-maafan dengan mak abah. Abah bagi duit raya. Tapi, tahun ni lain skit. Sebab abah tak bag dalam sampul. Hahahaha.

   Lepastu, bergambar. Hewhew. Hmm macam best je raya tahun ni. Hahahah entah kenapa. Maybe aku lebih rapat sesangat dengan adik-beradik aku kot. Cehh, macam tahun lepas tak. Lagipun, tahun ni macam gambar yang diambil menjadi skit dari tahun lepas. Almaklumlah, guna camera phone je. Dulu, ada camera, best lagi. Gambar semua HD. Weiiii aku nak camera balik lahh~

   Then, pergi rumah ayah dan che (belah abah). Kat sana, pergi sekejap je. Sebab abah rushing nak balik. Nak solat jumaat. Sempat lah jumpa saudara mara kat sana beberapa keluarga. Tapi, tak makan mana pun. Hahaha sebab memang dah kenyang dah pun. Makan kuih. minum air. 끝!

   Tapi, yang paling tak boleh terima gila bila semua makcik-makcik anggap aku ni anak sulung, anak yang paling tua. Padahal, aku anak yang paling bongsu perempuan , kot. Hahaha nasib baik takda yang ingat aku ni dah anak tiga. Kalau tak, erm erm siap lah! Hahahahah.

Second day of Raya

   Kami buat open house. Aku taknak cerita banyak. Makanan, banyak gilos. Nasi beriyani (xreti nk eja), laksa, nasi kunyit, ketupat & rendang. Tetamu, tak putus-putus datang start lepas zuhur sampai lepas asar. Tapi, sebenarnya, semua tu sedare mare gak. Hahahah.

   Lepas laksa habis, main food, nasi beriyani pun nak habis. Aku(leader) dan kakak-kakakku sekalian, buat spaghetti. Cehh. Aku yang ambil peranan hahaha. Sebab yang lain tak biasa buat. Hahahha. Lepas maghrib, open house dah tutup. Okbye.

***

   Lepas hari raya kedua, memang aku dah tak pergi mana dah. Mereput dalam rumah. Ada juga keluar rumah, tu pun pergi rumah mak saudara, lepastu pergi steamboat makan dengan family sebab my sis yg duk UIA tu nak balik keesokannya.(kelmarin)

  Okay lain kali aku post pasal iftor pulak ye. Sorry, iftor dah lama, tapi tak post satu hal pun lagi. Oh ya! One more, jangan datang rumah aku utk beraya, kuih raya dah habis hahahahahaha. Tinggal cornflakes madu je lagi.

Bye

Selamat Hari Raya yalls.

Labels: , , , , ,

CREDIT