αɴιѕ;

ANIS SYAHIRAH. 17 Y/O.
RARELY ONLINE. HEWHEW


© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Hello 2016!
Thursday, January 21, 2016 | 0 comment[s]

   Assalamualaikum. Hola! Lama beno aku tak update blog. Dah lebih sebulan , kan? Last post pun sehari sebelum aku ambil result PT3. Hahahaha lama sangat dah. Aku sibuk bila dah masuk 2016 ni. Yeah, dulu tak expect pun aku akan sibuk sesibuk ni. Homework, tiap-tiap hari wajib ada. Jadi budak sains ni kena struggle sikit. Ceh.

   Result PT3. Nak tahu ke result aku? Hahahhaa. Lol. Okay, d-day nya adalah tanggal 14 Disember 2015. Maka bertemu lah kami puak form 3 batch 00 di dewan sekolah. Oh ya! 43 orang dapat straight As untuk sekolah aku. Maka, gred purata sekolah memang meningkat mendadak. 600%+. Yang dapat 11A memang naik stage ah. Aku tak naik pun. Hiks. Tak perlu kot tahu aku dapat berapa. Yang pasti, alhamdulillah dapat kelas sains.

   Nak masuk kelas sains tulen ingat senang ke. At least Science dengan Mathematics kena B. Actually, aku dapat 1 je B. Mathematics. Sedih sungguh. Aku suka je kira-kira, tapi entah mengapa jadi begini. Hahahahhaa.

   Form 4. Dah besar dah aku ni. Dah jadi menengah atas dah pun. Tahun depan, SPM. Huhuhuhu. Bila dah makin besar ni, makin sibuk sikit lah. Nak belajar subjek baru lagi. Tak baru sangat, cuma nama je lain, cuma split subjek je. Macam math mod dengan add math. Basic memang dah belajar masa form 1-3 kan. Biology, physics, chemistry pun, asalnya, dimuatkan dalam science f1-f3. Haaa bila dah naik form 4 ni, jadi banyak nak kena hafal, tahu, faham.

   Kelas Baru. Tahun ni, aku dapat kelas ketiga. Kelas pertama ofkos lah untuk straight As sahaja. Tak layak aku kat situ. Maisarah dapat kelas pertama. And now, she's alone. Sebab dua orang lagi dari geng aku sekelas dengan aku. Kelas kedua, untuk 11A dan 10A. Eventho aku dapat 10, maybe dia ambik 10A dari kelas pertama tahun lepas. Kelas aku, 10A dengan 9A. Kiranya, takde lah 11A kelas aku. Yang paling penting, aku dah tak memegang rekod kelas Muslim untuk 4 consecutive years. 3 consecutive years aje. Kelas tahun ni, diberi nama Biruni. 4 Biruni.

   Classmates pun baru. Ada yang aku dah rapat. Aku juga yang tak rapat lagi. Dan yang paling tak best, form 4 duduk tingkat atas sekali daripada 4 tingkat. Bayangkanlah, dahlah blok tu jauh gak dengan pagar sekolah, nak panjat sampai tingkat 4. Sampai atas je mesti rasa berjaya je sebab akhirnya sampai jugak puncak gunung kinabalu. Ceh. Hahahaha. Tapi yelah, orang kata, belajar tinggi-tinggi, hamek kau, dah dapat tingkat atas sekali. Hahahahaha.

   Exoluxion. Aku tak pergi. Sekian. Tolong kirim salam dekat abam sehun dengan abam baekhyun. :'')

Sekian terima kasih hahahaha wallahualam. Doakan aku berjaya dunia akhirat. :')

Labels: ,

CREDIT